Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Friday, May 6, 2011

...It's a wrap...

After the last class and examination, it's time to wrap with a must do thing to graduate, ViVa a.k.a Final year project presentation. hohohorar... Blood, toil, sweat and tears can't be apart from these thesis preparation. Kalau takat tongkat kelopak mata dengan lidi sampai berair mata cari bahan/input tu biasa lah, routine. Renyuk-renyuk & telan kertas  tu biasa jugak. Muntah-muntah hijau sebab menaip & edit tu lagi lah biasa..tapi yang luar biasa, tak kurus-kurus ?_?  mungkin makanan top-up lebih banyak dari yang keluar..uhuhu.. *nanti kalau dah jilid thesis, kompem menangis syahdu lagi..trust me

 “Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing.”  ~ William A. Ward

So yesterday, after months of hard work, we had our ViVa as a wrap. yay!  (it's a sign that our battle had come to the end.)

During the presentation, our supervisor, Dr. Garry was there all of the time to give us strength and support. Beside that, he also give us sign from far when we should calm down (masa ni sign tangan kebawah-kebawah & mulut muncong-muncong tarik nafas dia agak cute. macam latihan pernafasan orang nak beranak) or cut the crap. (sign potong-potong leher..ahaha..tak sia-sia aku belajar bahasa isyarat sebelum-sebelum ni :)

After an hour of battle, we receive tones of critics from examiners..... but still, we PASS the test with flying colours! Awesome weii~~

“I’m not telling you it is going to be easy — I’m telling you it’s going to be worth it” ~ Art Williams


 To celebrate our success, our generous adviser had buy us lunch again! horay! free food! Thanks Dr Garry. *jangan serik ye mengajar di Malaysia ;D

 tanpa segan silu, we had requested to have our lunch at Restaurant Famous Thai in Plaza Shah Alam.

 kalau belanja sorang dua takpe lah lagi kan, ni segerombolan kanak-kanak riang. Memang berlubang lah dompet beliau ;D
 
 As a  a token of appreciation, I made this cute souvenir for him.
(murah, unik & penuh sentimental value. Belajar buat craft memang berbaloi-baloi ;)











 Don't you think they have similarity??  ^_^

Dr. Garry, we are fortunate we had a teacher as wonderful, loving and caring as you. We hope that we could be a better leader in the future like you did.  
From: Dr. Garry wannabe ^_^


Doubt whom you will, but never doubt yourself~~~ d[^_^]b

         

Tuesday, April 26, 2011

...The last class...

At last, after 2years (1semester for foundation coz i'm don't have business degree + 3 normal semester) of struggle, yesterday was our last class. horay! *rasa macam nak lompat bintang tanpa henti je sekarang ni ^^

Now, all we need to do is finish up our thesis write up and do the presentation on this 5th may.. ohh, berdebar. I hope everything will goes just fine and I can graduate with flying colours.. I just can't wait to serve my nation.. cewahh ^^

so, here are some picture on our last class celebration..


Lunch at Ar-rawsha, Icity Shah Alam.

Their arabic food was awesome. you should try!

The Girls + Our Lunch Sponsor

The Boys + Dr. Gary

The classmate.. *ye, saya akui, saya kelihatan jipang dalam gambar nih..tapi sesungguhnyer , saya tidak begitu. ahaks

So, to those who wish to pursue an MBA, I highly recommended UiTM as a place to study. Their lecturer are highly qualified lecturer and the fees are very reasonable.

Next intake will be open on July if I'm not mistaken as semester will start on September. Do visit their website for more details..

Enjoy~~~ d[^_^]b


p/s: Don't forget to grab my monster keychain today! Promotion with last till this saturday only!
p/p/s: Next week after thesis presentation, I will share with you a gift that I prepare for Dr. Gary.. sangat chomel ;)

       

Wednesday, November 10, 2010

...Lilin...

Pejam celik pejam celik dan terus celik, saya sudah berada di semester ke 3 pengajian MBA ini. fuhh.. satu semester sahaja lagi berbaki. Tak sabar rasa nya nak habis kan episod horror ini.. T_T

sebelum abis belajar, & sebelum hari guru tahun depan, suke rasa nyer saya untuk mengabadikan satu entry khas buat lecturer saya semester ini.. (entry semester lepas, click here )

Sebagai mukaddimah, biar saya terangkan yang saya ambil 7subjek untuk semester ini sahaja. Semua nyer gara-gara saya tamak dan gagal untuk membuat pilihan. hurm..kelemahan yang nyata.. Anyway, tentang subjek saya semester ini, saya ambil 5subjek wajib iaitu finance, marketing, operation management, managerial information system, & managerial decision analysis; dan 2 subjek major iaitu islamic finance & corporate management. *patot nyer pilih 1 major je..tapi nak buat macam mane, tamak... amik je 2  ^_^'

Overall, lecturer-lecturer saya sem ini unik-unik belaka seperti sem lepas. & lupe nak beritahu yang sem ni lecturer saya 5 lelaki & 2org wanita compare tu sem lepas kesemua 5orang lecturer saya perempuan... hurm..sape kate lecturer lelaki dah kurang?? ramai je lelaki pandai kat sini.. hihi  >_<

Jadi sebagi pengenalan, kite mula dengan lecture pempuan saya..(girl kene lah support girl kan).. k, mereka wanita yang cantek bersri dan bijak bestari..pergh, pujian tak nak kalah.. tapi ape yang menarik, nilai tambah bagi salah seorang lecturer saya ni adalah kebijaksanaan beliau yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh darah kacukan arab + melayu beliau... macam orang selalu kata mix marriage bisa menghasilkan Genetik yang lebih baik & cerdik. Setuju?? Kalau setuju, Jom kawen campur.. hik. gatai

Seterusnyer,lecturer lelaki saya pula.. Yang pertama, lecturer saya ni seorang yang sangat sibuk hingga beliau sentiasa tidak cukup rehat. Hasil nyer...Ya, tekaan korang tepat. Beliau sering terlelap masa mengajar. Kesian kami tengok.. tak kan nak cakap, "Dr. tido lah kejap, nanti sambung ajar semula ye". malu pula dia. Jadi kami selalu buat-buat mintak latihan, supaya beliau boleh berehat di meja sekejap.. * baik tak kami??? ahaks

Secondly, lecturer saya warga negara New Zealand ini (click here utk wajah nyer yang kacak). Pada peringkat awal, kami meniti setiap kelas beliau dengan sangat susah payah. Butir bicara beliau amat sukar untuk difahami hingga beliau perlu eja tiap perkataan yang beliau sebut. ohh kami malu. kami tak bermaksud untuk menjadi sebegitu lampi, tapi suara beliau yang bertona rendah dan kadangkala tersangkut antara kumis beliau, amat sukar untuk hinggap ditelinga kami.  Namun sengsara tak lama, jika sebelum ini banyak lawak jenaka beliau berlalu pergi begitu sahaja tanpa hilai tawa, tapi sekarang, kami mampu berlawan teka-teki bersama. Pendengaran kami sudah makin hebat. Yay!

cop, lupe nk bagi tahu, beliau ini juge sangat bijak orang nyer. *sume lecturer pon bijak kan.. tapi beliau ni lain sket sebab seingat saya, sepanjang pembelajaran kami, sebanyak 5 kali beliau betulkan rajah dan fakta dalam buku teks kami. *buku teks kami cap south-western ye rakan-rakan..kate nyer  "Just because it has been printed, it does not mean that u have to believe it"...uuu.. wise


now, my third male lecturer. Bekas CEO bank tempatan dan seorang yang tinggi budi pekerti. Kesopanan dan kesederhaan beliau sering buat kami malu sendiri. Tak pernah meninggi diri mahupon meninggi suara pada kami. ohh, beliau sangat penyabar..

Manakala lecturer ke empat saya ini pula, saya banyak terhutang budi dengan nyer. Tiap pagi, sebelum kelas bermula, dia akan menyapa semua anak murid nyer termasuk yang baru nak buka pintu  untuk masuk *ye, beliau selalu datang lebih awal dari kami anak murid..huhu. Tapi apa yang saya nak highlight, selain dari memberi kami ilmu, beliau juge memberi KEPERCAYAAN penuh beliau pada kami. Beliau sangat percaya kami akan berjaya. Jadi orang berguna. dan beliau percaya, kami layak untuk Harvard...Wow.. melampau.. Sesungguhnya kami amat hargai kepercayaan yang beliau berikan kerana tak ramai yang percaya akan kami termasuk diri kami sendiri. Berbekalkan kepercayaan ini, kami akan meniti hidup kami dengan jiwa yang kental. Kita BOLEH! Terima Kasih Dr. Z.

Last but not least, lecturer saya yang seorang ni sangat istimewa..Ingat lagi kelas pertama kami. Bila terlihat daun pintu dikuak. Kami cube mencari kelibat lecturer kami.. Selepas seketika, kami dapat lihat roda masuk dan beberapa minit kemudian, baru lah kami dapat lihat insan istimewa ini.. Ya, tekaan korang tepat lagi sekali. Lecturer saya ini berkerusi roda! Lebih mengharukan, beliau sangat gigih mendaki ke kelas SENDIRIAN di USIA EMAS nya hanya untuk mengajar.. Setiap kali beliau sampai ke kelas, kami dapat lihat baju kemeja beliau basah, bukan kerana hujan di luar, tapi kerana terlalu berusaha untuk sampai ke kelas. *huk..mengharukan...  T_T


di sini korang boleh lihat Dr. H yang sedang berusaha untuk berdiri sambil berpaut pada white board demi menulis contoh yang sukar sangat untuk kami fahami. Maaf kan kami Dr. 


Buat semua guru-guru, kami amat berterima kasih atas segala jasa baik dan ilmu yang kalian curahkan. Semoga kebaikan kalian akan dibalas oleh Yang Maha Esa. amin~~ d[^_^]b


p/s: Dr. Z always believe that I'm unique & some day I can be a millionaire; and he manage to influence others to agree with him. hik, TQ Dr for the trust.

Wednesday, September 8, 2010

...my 1st weblog class...

ehem..ehem... korang ingat tak entry cikgu wannabe ku dulu?? hehe.. tak sia-sia buat entry berangan itu sebab akhir nyer ada juga pihak yang sudi menggajikan ku sebagai cikgu walaupon sehari..dapat lah praktis berucap didepan kelas bak guru KPLI sekejap..ahaha

Anyway, kelas weblog development ini telah diadakan di Legend Hotel, KL. dan pelajar-pelajar chomel saya terdiri daripada sepasang ibubapa dan 6orang anak mereka.. wahh.. what a loving class i had aaa?? cikgu yang baik pasti punya anak murid yang lebih baik..betul tak? ehehe

Berbalik pada kelas weblog saya pada 2minggu lepas (wahh..lame nyer. nasib baik bukan 2tahun lepas ;), saya telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya serba sedikit dalam membina blog asas untuk tujuan perniagaan. Highlighted di situ, Blog asas ye rakan-rakan :D

Walaupon ini pengalaman pertama saya mengajar di kelas tertutup & formal, pelajar-pelajar saya sangat memahami dan sangat sangat membantu antara satu sama lain.. Senang kata, saya rasa macam mengajar student dean list lah..sebab mudah di handle & berdikari  ^_^

seterusnyer, kiter layan pictures ye..zasss

Photobucket
bukti tarikh kejadian.. *ye, saya akui saya sangat amat lambat post entry ni T_T

Photobucket
with half of my student yang GIGIH

Photobucket
ohh.. mereka ni lebih gigih.. >_<

Photobucket
me with yasmin & my little photographer, taufiq sedang mencuri tulang ;)
Photobucket
*maaf kan saya yang kelihatan seperti mahu menyanyi lagu tema hari guru..
'Kami guru Malaysia..Berikrar dan berjanji.......... '

Photobucket
ohh.. sebenar nyer, kelas saya ni tak lah formal sangat, sebab kami bebas ke sana ke mari bergambar, bergurau atau melihat perkembangan@meniru sesama sendiri..make urself like home.ehehe

Photobucket
Macam kat sekolah, selepas tamat sesi persekolahan, kiter mesti ade sesi bergambarkan..
Jadi mai saya perkenalkan barisan pelajar-pelajar saya: 
dari kiri sebelah belakang: saya, Yasmin, Farhana, Pn. Azalina,  Adil Luqman, Adil Abdul Rahman
dari kiri depan: Adil Taufiq dan Norazizi.  (tiada dalam gambar: En. Azmi)

Photobucket
Mengenangkan sepanjang pembelajaran kami tiada sebarang refreshment, 
maka sebelum pulang, kiter berbuka puasa dulu  ;)

Photobucket
zoom on some of our food.. nyum nyum

Photobucket
diasert hiasan sendiri yang dimakan diawal sesi melantak..
*makan buffet memang takde undang-undang kan, janji kenyang  ^_^

Photobucket
dan ini adalah makanan terpenting dalam sesi makan sampai kembung ni kerana iyer dapat membantu payback yang lebih berbaloi-baloi..

Photobucket
nora tenang menghirup & mengunyah oyster... 
*tiap kali tengok makanan ni, mesti teringat Mr. Bean...huhu.. ku pengsan  *_*

selepas 2jam kami beradu tenaga di meja makan, tertinggal lah sepinggan kuih tak bertuan yang meronta-ronta minta dihabiskan tapi perut merjerit-jerit kekenyangan... 
maka, bermulalah aksi tolak menolak pinggan...

Photobucket
gusar dengan tolakan yang tak berpenghujung, akhir nyer taufiq dengan gentleman nyer meng'offer' diri untuk cube menghabiskan iyer...caya lah Taufiq!

Photobucket
walaupon kami tau taufiq hebat, tapi cian lah pulak biar dia memikul beban seorang diri.. jadi kami edarkan pinggan berkenaan sekeliling meja.. biar semua orang cuit sorang sket. kurang beban taufiq..hehe

Photobucket
 at the end, kek makin kecil. taufiq berjaya abiskan. Yay!!

Photobucket
 Dengan bangga nyer, kami ingin membuat pengakuan bahawa, kami telah berjaya menghabiskan makanan kami hingga titisan terakhir. Menjadikan kami, calon peneman makan buffet anda yang TerBaek! 
*kalau ada undangan untuk makan buffet, jangan segan silu ajak kami k.. makan buffet je lah, kalau makan hidang, bankrup lak korang kami kerjakan..ehehehe

Photobucket
 selamat berbuka~~~ d[^_^]b

Friday, September 3, 2010

...Doa kite telah dimakbulkan...

mood: superb gumbira

merujuk post sebelum ini, saya telah menyertai pertandingan inovasi tajaan fakulti saya (business management) baru-baru ini.. dan pengalaman nyer adalah wow!!  *orang yang julung-julung kali terlibat dalam event ilmiah memang jakun sket..sila maafkan saya..ehehe

Photobucket

Photobucket
tadaa~~ ini lah booth saya.. macam gerai kat flea market je kan, tak ilmiah sungguh...ahaha

jiran sebelah pon buat projek beg gune jeans..tapi kami tak tarik-tarik rambut ye ;)

Photobucket
 bukti nyer, kami berganding bahu menjaga booth antara satu sama lain
*nampak kan salesman saya sedang berusaha keras meyakinkan visitor..Mereka memang jiran terbaek!

Photobucket
dan ini pula, sling bag + backpack ciptaan mereka.. kacak kan, bak short pant  :)

Photobucket
Kiri: Ezani (Asst.saya tatkala saya perlu mengambil test finance pagi tu)
Kanan: Dr Norzaidi (advisor & lect MIS saya)

Photobucket
Sepanjang hari pertandingan, saya telah menerima banyak sokongan dari pelbagai pihak..
Antara yang terawal, harus lah kamu-kamu pembaca kesayangan ku.. then, lecture dari uitm kedah ini juge tak ketinggalan dalam memberi sokongan padu kepada saya.. huhu terharu

Photobucket
lecturer-lecturer cantek dari kelas sebelah juge sokong saya..  ^_^

Photobucket
ohh.. insan-insan chomel ini adelah kumpulan pom-pom dari kelas MBA saya..
they are superb adorable & supporting classmate ever..

Photobucket
gadis-gadis ini pula, supporter saya dari faculty sains makanan
*thanks korang, susah-susah datang  T_T 

Photobucket
berkat doa banyak pihak, saya berjaya naik pentas dalam acara penutup semalam... 
syukur *sambil meraut muka ku yang mulus..ehehe

Photobucket
anugerah silver ini adelah anugerah pertama saya selaku student uitm..yay!

Photobucket
rasa nyer, korang pon ade portion tersendiri dalam membantu ku berjaya.. 
jadi ayuh kiter bahagi & kekah sorang sket eh..hehehe

akhir kata.. thanks a lottttttt to all of u that come and pray for my success. I just can't replace all of u with anything.. Big Hug~~~ d[^_^]b

Wednesday, September 1, 2010

...come support me...

Hi everyone.. I though I not that late to wish u 'Happy Independent day' and 'salam 10 Ramadhan terakhir' buat islam readers.. *moga-moga kite akan lebih gigih beribadah disaat-saat akhir ni selain dr gigih berebut baju kurung di PKNS..ehehe

any how, today and tommorrow, I will be joinning my faculty innovation contest that will be held at dewan budiman, uitm shah alam.. to all that live near by, do drop to support me k.. new product will be shown and sold on the day.. Hope U can come, and cheer for me..hehe tilll then, let me share with u my cute banner on the booth
 

p/s: doa kan sy menang sesuatu ye, sagu hati pon jadi lah..hehe..thanks
p/s/s: nk cerite pengalaman mengajar org buat business dr blog, tp xsempat lg..haish


Enjoy~~~ d[^_^]b

Thursday, August 12, 2010

...broadcast from class...

status twitter: terompahsurau sedang mencuri tulang... 

short post terus dari kelas just to wish kamu kesayanganku, Selamat berpuasa & slamat beribadah dibulan yang indah ini.. 

Jangan puasa yangyangyok, tengahari bukak periuk ye.. agak-agak nk mencongak waktu berbuka, sila lah usha page Jakim untuk jadual penuh berbuka puasa.. then, boleh la congak menu ape nak kirim kat umah saya..dapat pahala..ehehe

akhir kata........ *ohh..tak sempat nak berkata-kata,  Gary sudah memberi isyarat mata!! T_T

I always wish that there will be a subtitle each time he teach like in TV.. 
tp tak mungkin ade  T_T

Enjoy fasting~~~ d[^_^]b

Sunday, August 1, 2010

...cikgu wannabe...

ohh.. saya sudah bertukar cita-cita kah??? Dulu, dah elok-elok jadi jurutera, tukar menjadi tukang jahit...
Sudah menjahit, sambung belajar jadi sales girls.. Skang belum habis belajar, nak jadi cikgu pula??? haish..sungguh tamak saya ni kan..ahaha

Tenang-tenang.. hidup ini memang tiada perkara yang constant melainkan perubahan.. oleh yang demikian, saya mahu membuat sedikit ajakan paradigma dalam hidup.. mahu jadi cikgu cyber.. ^_^

Macam mana boleh jadi cikgu cyber?? sekolah ape??  *soalan yang ku harap korang akan lontarkan setelah mendengar hasrat ku ini..ahaha

Untuk pengetahuan korang, tiada surat tawaran jawatan tiba dirumah dan tiada juga sekolah cyber yang sudi menggajikan budak hingusan ini. Cuma sekolah angan-angan yang telah saya bina di alam maya ini  Tapi siapa tahu kan, satu hari nanti saya akan memiliki sebuah universiti bak Dr. Fazley??? *k, sila abaikan saya..saya sedang berangan...

anyway, to cut things short.. Sebenarnya, motif utama penghasilan post ini adalah untuk berkongsi laman sesawang baru yang telah saya bina, berkenaan perkongsian pendapat dan idea tentang perniagaan di {MBA for dummies} by Liyana. .

Amaran keras: Sila baca setiap post di sana dengan tekun. Jangan skip perkataan mahupon perenggan ketika membaca walaupon ku tahu iyer membosankan.dan  Jangan mabuk melihat terlalu banyak huruf.. Pengisian blog baru ini akan lebih lurus bak pembaris, dan lebih serius dari cikgu disiplin.. Jadi sila tinggalkan komen membina disetiap post k!.. *ahaha...seram tak???

akhir kata, jangan lupa singgah  {MBA for dummies} by Liyana. .


Enjoy~~~ d[^_^]b

Friday, April 23, 2010

...Exam ku yang aneh...


Pengalaman sambung blajar nie sedikit berlainan dari masa degree dulu.. banyak homework yang memerlukan critical thinking dan bagi orang technical yang tetiba gatal-gatal nak blajar about business memang mencabar.. rasanyer otakku separa kejong dibuatnyer..hukhuk.. ye lah, sebab skang ni on one subjek, lecturer hanyer akan mengajar XYZ je kerana kebanyakan budak-budak lain dah tau ABC (basic) about the subjek. Maka selaku pelajar terpencil, sokmo lah saya terkebil-kebil bak koala di dalam kelas itu.. Namun takpe, akan ku gagahi juge berada di dalam kelas ini sebab saya sendiri yang memilih untuk berada di sini..A price to pay to be unique  ^_^


ok ok, kembali kepada tajuk asal. sebenarnyer semalam saya sepatotnyer perlu duduki paper Marketing, tapi bile masuk je klas dengan rasa tak sabar untuk meluahkan semua ilmu didada.. Lecturer kami plak datang untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau atas result test 1 kami yang mana 1kelas fail.. giler tragis statement beliau nih.. jadi bagi mengelakkan lebih ramai fail subjek ini sebab markah lulus 65 ye rakan-rakan.. Maka, lecturer telah decide untuk bagi soalan exam kami je pada hari itu. Then bawa balek, jawab kat umah, isnin depan sebelum 5petang antar...wahhhh.....penat je saya bersengkang mata stay up sehari sebelum exam @_@ *dalam hati lega gak sebenarnyer sebab leh bawak balek.. 1st time nih buat take home final exam, bukan quiz tau.. tapi tak lega juga sebab isnin pagi saya ade paper Ekonomi pulak.. makne nyer, tak cukup mata gak la nak baca buku nih..huhu..Chayo yana!! T_T


Ni baru satu contoh cara saya exam, ade lagi contoh exam saya yang tak berapa nak normal untuk pengetahuan korang ^.^

Pada paper lepas, lecturer saya telah mengeluarkan idea yang aneh untuk menjawab paper beliau..Biasa dengar open book test kan, tapi lecturer ni nak buat open Journal test..Apekah?! Beliau bagitau kami untuk mencari sebanyak mungkin journal berkaitan silibus yang kami belajar, then ingat point-point penting. Pada hari peperiksaan, kami perlu buat citation dari journal yang dibaca dalam jawapan kami..Serius belambak Journal dalam alam maya nih, yang mane 1 beliau mahu nih? bab ape yang masuk pon tak tau  T_T  namun, bagi melengkapkan pakej kegusaran hati ini, beliau juge menambah syarat, kalau takde 1 citation pon pada setiap soalan, markah akan ditolak, & bagi tiap soalan, jawapan kami hendaklah ditulis dalam 4 pages..kurang atau lebih page, tolak markah juge.. Soalan yang akmi perlu jawab 5soalan. jadi campur tolak darab bahagi, jawapan yang perlu kami tulis hendaklah dalam 20pages..fuyooo, memang tulisan saya font 20 & double spacing lah untuk paper itu.. Sangat  horarr~~


Tapi, tak sume lecturer saya scary, ade gak yang lucu.. contoh nyer sorang lecturer ni.. Masa pertengahan sem, die bagitau kami "Minggu depan test 1 ye".. Then pada hari berkenaan, kami duk diam je lah membaca buku sampai saat-saat akhir dapat soalan kan..pastu tup tup bile cik lecturer masuk..die berkata "Nape senyap sangat nih, ade test ke??" mendengarkan pertanyaan encik ni, kening kami bercantum.. lantas ketua kelas pon menjawab dengan penoh kepantasan "Takde lah Doctor, kami saje je baca buku ni..mengisi masa lapang" *sambil sengih sumbing, dlm hati memuji kepandaian lecturer kami memerli..huhu.. Mendengarkan jawapan kami, encik Lecturer tersengih je sambil membuka buku seperti biasa dan berkata "Ok, buka muka surat 123, hari ni kiter akan blajar tentang Stock Market" tang sini, kening kami memang serius bercantum dengan lebih dahsyat.. rupe-rupenyer beliau memang percaya alasan kami membaca buku pada masa tu dan beliau totally lupe about test yang die cakap minggu lepas..dan sampai ujung sem beliau masih tak ingat nak buat test 1, terus wat final exam je..ahaha..kiut..Pada hari final exam plak, kami dikejutkan lagi dengan SMS beliau. "Your final exam is Cancle, Please submit your critic on a journal by this week".. Apekah?! serius ke xde exam?! selidik punyer selidik, beliau lupe nak buat paper final sampai hari exam, jadi ganti ngan assignment...ahahaha..serius, lecturer ini memang lucu lah..tak pernah ku jumpe lecture seSempoi beliau..


Overall, being here, in the class, I must always be prepare with any suprises.. kalau tak ready, saya mungkin leh kene heart attact..uhuhu. Anyway, isnin nie paper terakhir saya..gembira nyer..wiiii~~~



Enjoy~~~ d[^_^]b

Tuesday, April 13, 2010

...U chill my Books...

Yay! Hari ni exam  T_T

uhuk... tipu.. sebenar nyer Seram... tapi I've try my best to be prepare n many step have been taken so that I'm maximum ready for this final exam..

Namun, kalau korang semacam sangsi je akan statement saya yang sudah ready untuk exam ni, ape kate usha step-step yang sudah saya ambil :

  1. Makan kurma cap tok guru setiap hari, kerna cap Ligo tak lagi glamour..ihihi
  2. Sesudu madu setiap pagi  *sedap
  3. Makan ikan dengan lebih kerap especially ikan kering, sebab stock iyer lebih mudah didapati di umah bujang nie ^__^
  4. Kawal pandangan dari perkara laro' supaya ilmu ku tak mudah tercicir dimana-mana  :)
  5. Read my Books! huhu.. fasa paling sukar.but this sem I try my best to finish them.. and i did!! how?? jeng je jenggggg...

Introducing, my sem2 09/10 bookmarks~~~  ^_^

bookmarks
phewittt~~ chomel kan?! 
*ecece..tak malu puji ciptaan sendiri

bookmarks + sleeve
tapi bukan takat bookmarks sahaja, 
saya siap buat sleeve untuk memudahkan penyimpan iyer  ;D

cute for my books :)
skang, buku-buku ku tampak lebih kebun & segar 
untuk ditatap setiap hari.. suke suke suke~~

akhir kate, buat semua student-student uni yang sedang demam exam skang, All The Best in your exam, n harap kamu semua turut doa kan saya mudah jawab exam hari nie ye  ^_^


Enjoy~~~ d[^_^]b

Friday, April 9, 2010

what kind of ebook that u need

lagi 4 hari sebelum my 1st paper final & lagi 17 hari sebelum the last paper.. wahhh.. what a huge gap. why it have to take that long to finish up 4 final exam paper!??? *singh..  sound fishy to me..

and at last my worries been reveal, along the gap, i actually have to submit 4 paperwork & 3 presentation. *what the fish!!

tang mane nak baca buku, and tang mane lak nak siapkan assingment nih?? pergh.. memang tak cukup mata lah nak membaca artical & journal cenggini.. alamat nyer, macam terkubur je lah hasrat saya nak dapat 4 flat ni.. *kalau saya flat wat sume homework nih, tak tentu lagi dapat no plat 4 nih T_T

hurmm..pape pon, I'm sure selepas slot gegar minda nie, slot berjimba-jimba pasti akan datang.. maka, pada masa itu, akan ku pastikan hutang tido ku langsai, rupe paras yang comot kembali kepada asal & nutrisi badan akan kembali lengkap..*wahh..berangan saat bahagia ni memang membahagiakan.. ^____^

dan bile tibe masa sume toksin-toksin ini ternyah, gerak gempur perlu dijalankan.. yay!

  • mula-mula, kene kemas umah.. sebab skang nih, rupe iyer chomel sket je dari umah hamster  T_T 
  • In additional, makeover blog juge akan dibuat untuk tampak lebih tampan, kacak, gagah & 6pack *apekah?? ahaha
  • then acara menulis perkara-perkara berfaedah akan dijalankan.. *usaha untuk merialisasikan wishlist no.12...maka, besar lah harapan saya agar rakan-rakan dapat membantu dalam menyumbangkan undian bagi poll dibawah.. jika ade cadangan lain, selitkan saje diruangan komen ye.. Jasa baik korang amatlah dihargai, moga Tuhan membalas bantuan yang korang hulurkan nih  ^_^  *adekah ayat ku cukup syko?? hihi

anyway, poll nyer adelah seperti berikut:

want kind of ebook that u need?


Thanks for your time, & if jupe on road after this, korang leh lah tuntut upah ngeTEH ye.. Enjoy~~~ d[^_^]b

Monday, February 22, 2010

...Korang PERASAN tak??...

Saya ulang skali lagi, korang perasan tak? perasan ape??

Perasan tak saya SELALU buat spelling error??? T_T



Sebenar nyer, saya perasan je yang saya ni selalu buat kesalahan ejaan.. Lebih-lebih lagi words english..memang cam haram lah saya mengeja. jadi dengan rendah hati, saya mengaku saya tak pernah join spelling B or C di sekolah dulu.huhu..tau dah mesti kalah.. sebelum orang sedar saya tak pandai mengeja, baik tak yah masuk bertanding.. masuk pertandingan congak matematik lebih bergaya  *cover kekurangan diri  T_T


Rasanyer bab tak masuk spelling B ni tak lah heran sangat sebab saya sedar, sejak dari dulu lagi saya memang tak pandai mengeja... Namun pulang ke kampung hari tu, adik ku fizah yang bijak bestari, bakal doktor mithali, dan semestinyer idola ku, telah mengutarakan kekurangan diri ini kembali..


adik: anna, mung ingat tak masa mung darjah 3 dulu, mung tanyer aku macam mane nak eja umbrella? *mung = kamu
saya: eh, ade eh.. entah lah, tak ingat.. emm.. sebab memang dari dulu aku selalu tanyer orang bile tak reti mengeja..hehe *sengih sumbing
adik: tu lah, dulu mmg aku pelik masa mung tanyer tu, sebab aku terpikir, sape yang darjah 1 & sape yang darjah 3 sebenar nyer ni.. tapi skang aku dah tau nape mung tanyer macam tu..
saya: nape?? salah ke tanyer orang macam mane nak eja?? bukan ke tu biasa je ke untuk orang tak pandai mengeja??
adik: memang tak salah tanyer orang kalau tak pandai eja. tapi kalau kerap sangat tanyer ejaan mudah sampai dewasa, itu yang pelik..
saya: ohh.. pelik ye. hurm.. minggu lepas aku baru tanyer faiz eja kasut boot macam mane..hahaha
adik: sebenar nyer, iyer bukan ketidak bolehan mengeja biasa tapi sebenar nyer iyer satu medical condition..
saya: heh.. penyakit ke?? kronik ke?? makne nyer aku cacat ke??  *muka tak memang tak bley blah masa ni.sbb tak dapat menerima hakikat di dignose berpenyakit..
adik: Bukan penyakit tapi anggap lah macam kekurangan secara medical. sebab mung bukan suke-suke bodoh spelling, tapi memang mung tak capable untuk mengeja dengan baik. Namun kekurangan ni bukan ditahap kronik untuk mung sebab mung berjaya abiskan sekolah.
saya: wahhh.. hebat nyer mung.. penyakit aku yang kecil ni pon mung leh sedar..tapi kan, ape nama penyakit ni? *masih belum dapat beza medical condition ngan penyakit..huhu
adik: medical condition ni nama nyer Dyslexia. Jangan risau, mung bukan tahap cacat.. & dari kajian, setahu aku Dyslexia biasanya affect pada kemahiran mengeja, membaca & mengira seseorang. tapi untuk kes mung, aku masih keliru macam mane mung leh abis kan degree engineering dengan ade nyer Dyslexia ni.. mungkin ade exception.
saya: wuuu.. aku jadi bahan kajian mung lah ni..emm, nampak nyer aku pon nak start mengkaji gak lah  T_T


Jadi meh saya share sedikit definisi mudah Dyslexia yang saya jumpai:

“Dyslexia is not due to lack of intelligence, it’s a lack of access. It’s like, if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process.”  -Orlando Bloom-


Dan antara tanda-tanda mereka yang mengalami Dyslexia yang berjaya saya curik dari web ialah:
  • Slow or inaccurate reading.
  • Very poor spelling
  • Difficulty reading out loud, reads word in the wrong order, skips words and sometimes says a word similar to another word
  • Difficulty associating individual words with their correct meanings
  • Difficulty with time keeping and concept of time, when doing certain task
  • Difficulty with organization skills
  • Difficulty comprehending rapid instructions, following more than one command at a time or remembering the sequence of things
  • Children with dyslexia may fail to see (and occasionally to hear) similarities and differences in letters and words, may not recognize the spacing that organizes letters into separate words, and may be unable to sound out the pronunciation of an unfamiliar word.
  • One major misconceptions of dyslexia is writing words backwards or letters move when reading.
  • Common signs: Sentence appears to have one or two unrelated words. In the places of other words (what: want, say: saw, help: held, run: fun, fell: fall, to: too, etc)


Menurut kajian, punca-punca kejadian yang tidak diingini ini berlaku maybe due to gene on the short arm of chromosome #6. *hurm, masa blajar biology dulu cikgu tak pernah highligth lak kromosom ke-6 ni, yang saya tau kromosom XY (laki), XX (pempuan) dan kromosom ke-21 punca down sindrom.. tapi penyakit sendiri tak sempat pula nak blajar T_T


hurm.. tapi kan, rasa nyer point kromosom ni ok lagi kalau nak compare ngan fakta boleh tahan lucu ni :

In addition to unique brain architecture, people with dyslexia have unusual "wiring". Neurons are found in unusual places in the brain, and are not as neatly ordered as in non-dyslexic brains. -Bright Solutions for Dyslexia, Inc.-


Kalau lah pihak SBP bace statement ni, saya rasa lepas ni bukan takat x-ray tulang rusuk je yang diorg mintak untuk masuk sekolah, salinan MRI pon entah-entah diorang nak..ahaha


Andai kata korang pon rasa macam ade tanda-tanda menghidap dyslexic juga, jangan patah semangat, sebab ramai lagi orang yang berjaya dalam dunia ni turut mengalami masalah yang sama. Contoh mereka-mereka yang tergolong dalam 'geng fail spelling B' kiter ni ialah: William Hewlett (pengasas HP), Steven Spielberg (producer), Henry Ford (pengasas Ford Motor), Michael Faraday (scientist), Alexander Graham Bell (scientist), Tom Cruise (actor) dan ramai lagi.. *sejuk ati nie rasa nyer biler dah berjumpe ngan ramai rakan senasib.. ^_^


Plus, saya rasa ayat ni mungkin juge boleh membantu dalam mengubat hati peng'dyslexic' seluruh dunia:

"Dyslexic people are visual, multi-dimensional thinkers. We are intuitive and highly creative, and excel at hands-on learning. Because we think in pictures, it is sometimes hard for us to understand letters, numbers, symbols, and written words. We can learn to read, write and study efficiently when we use methods geared to our unique learning style."  -Davis Dyslexia Association International-



Walaupon buat masa skang, ubat untuk mengubati dyslexia masih belum diketemui, tapi latihan-latihan minda seperti swimming, horseback-riding, drawing, music dan public-speaking sudah mula diperkenalkan untuk me'reduce' kekurangan diri. Dan kalau korang ade petua orang kampung untuk mengubati diri ini, boleh juge share-share ye  ^_^



Cheers! Everyone is unique~~~ d[^_^]b

p/s:  pisst... jgn bagi tau orang kampung tau.. ni rahsia.. 'sebenar nyer dari dulu lagi, saya hanyer bergantung harap pada jalur merah (spelling ditector) kat kat bawah word ni untuk detect salah ejaan atau tak'. jadi kalau entry lepas ni byk kesalahan ejaan, maafkan lah ye   T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...