Thursday, September 9, 2010

...Selamat Hari Raya...

Seperti tahun-tahun lepas, persiapan raya saya sekeluarga adalah ditahap sederhana.. tapi kali ni, perisa berdebar juga turut serta sebab pada bila-bila masa saja, kembar pertama dalam keluarga Abu Kari akan keluar melihat dunia..wiii~~ Bertambah lah ahli keluarga kami :)

Sementara menantikan orang baru lahir ke dunia, di sini saya akan berkongsi cara-cara membuat lemang yang enak dan lemak buat hidangan di hari raya :)  

Membakar Lemang

Bahan-bahan
  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam secukup rasa.
Cara penyediaan
  1. Basuh beras pulut
  2. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh
  3. Masukkan beras pulut ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan bara supaya buluh tak hitam. Terbalikkan setiap 15 minit agar masaknya sama rata.
  6. Bakar tiga hingga empat jam


P/S: You will enjoy this experience rather than just buying them off the streets :)


Menganyam Ketupat

Untuk bahagian ini, ilustrasi di bawah akan menunjukkan teknik menganyam ketupat.
Juga boleh dibuat dengan riben sebagai perhiasan :)




Akhir kata, terimalah ucapan raya saya ikhlas dari Hati



Ada Puasa,
Ada Pahala,
Sudah Berpuasa,
Bolehlah Beraya :)


Enjoy~~~ d[^_^]b

p/s: thanks to my friend Kong Chin Tuan, for this lovely recipes.. I copy paste je   >_<

2 comments:

Ezao' Edogawa said...

wah ada tutorial nk menganyam lah.. hehe! selamat mymbut syawal!

mama zharfan said...

selamat hari raya utk liyana & family :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...