Saturday, March 26, 2011

...Evaluation on my last wish list...

Selepas setahun saya membuat wish list ini (click here), sekarang saya ingin melakukan penilaian ke atasnya  untuk melihat prestasi saya dalam mengejar impian...(k..berdebar dengan reaksi yang bakal korang lontarkan)

Setelah dihitung tambah tolak darab bahagi, saya dapati, hanya 4 wish sahaja yang benar-benar direalisasikan daripada 25 wish yang saya senaraikan.. ape 16% je berjaya???....ohh..sangat down

Buat sementara waktu, saya hanya boleh pikirkan beberapa alasan untuk punca kegagalan ini:

1) Tak pandai bahagikan masa dalam mencapai cita-cita..ok, saya ngaku, saya gagal guna ghant chart  T_T
2) Kurang fokus & buat bila ingat je.. ishishish.. *mari geleng kepala bersama saya
3) Tidak serious & committed... Lain kali, mungkin saya kene tulis wish list saya besar-besar atas cupboard & tampal di kepala katil macam zaman sekolah menengah doulu-doulu.. "Pasti dapat 10A"...baru semangat  ^^
4) Mungkin matlamat saya terlalu besar dan jangka masa diberi terlalu singkat... Jadi saya perlu kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan...

ok...cukup lah takat tu je.. kalau tambah lagi alasan, makin down rasanyer  T_T

Punca utama seseorang itu tidak mencapai kejayaan hebat adalah "Takut pada kegagalan", bukannya "Gagal". Sebab kalau "Gagal", ia akan memberi kita pengajaran, so no worries. Tapi kalau "Takut pada kegagalan" bererti kita tidak mahu ambil langkah pertama pun! So, itu adalah penghalang utama sesuatu kejayaan.                                                     -Irfan Khairi-  

Tapi bila ingat semula nasihat Irfan Khairi dalam fanpage beliau, saya rasa saya telah gagal untuk lebih BERJAYA! apa yang penting, USAHA! apa yang penting, USAHA!..Ye, saya perlu tingkatkan usaha dalam merealisasikan impian saya kerana "Impossible is Nothing" as all you need is "Just Do It!"

Dan saya rasa takde orang yang berjaya tanpa gagal terlebih dahulu...Betul tak rakan-rakan? k, kalau tak percaya, cuba usha video di bawah..



Oleh itu, saya akan buat list baru yang lebih baik dan mantop untuk tahun ini kerana saya percaya tiada alasan untuk tidak berjaya. apa yang penting, USAHA!


sila tonton video ini juga untuk lebih bersemangat  ^_^


Everyone, Let's strive for excellent~~~ d[^_^]b
   

3 comments:

toyolkiut said...

a,ah..
TK pun serupa gak..
takut untuk gagal slalu jd alasan, walhal langkah ptama pun lum start..
thun ni azam nk menabung stiap bulan, tp bln mac nk k pnghujung dh ni..

liyana said...

tu lah.. pengakuan org normal..ehehe

russrevolution said...

Nicee blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...