Pernah makan ikan sungai? Anda cukup sabar untuk makan ikan banyak tulang? Sedap tak?
Jawapan simple bagi mereka yang tak pernah mencuba ikan sungai.. Pergi cuba dulu, then baru kita cerita sebab jawapan yang jujur amat diperlukan. Bukan jawapan takat terlintas difikiran sahaja ye ;)
Manakala bagi yang pernah mencuba, saya perlukan kepastian..Sebenarnya isi ikan itu sedap sebab iyer memang sedap atau sebab kalian sudah berpenat lelah membuang tulang ikan tersebut yang menyebabkan nikmat 'Perghh...ikan ni sedap' datang?
Jawapan adalah subjective sebab lidah lain-lain kan..tapi
Bagi saya, saya rasa ikan itu
Betul tak? (angguk je ye, walaupon dalam hati memberontak)
Tapi kenapa fenomena ini berlaku? Ikan bawal tak cukup sedap ke nak lawan ikan pekasam loma? Jawapan saya, 'Jauh panggang dari lava babe...'
kepada yang masih baru dalam arena ikan, ini ikan loma ye rakan-rakan :)
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kesedapan ikan pekasam loma :-
1. Ikan pekasam loma SUSAH nak dapat.
2. SUSAH nak cari loma bersaiz besar..semua kecik-kecik je
3. SUSAH nak cari orang yg pandai makan loma sebab nak mintak ajar skill rentap tulang loma.
4. SUSAH nak buang tulang, kene pakai kanta
5. SUSAH nak dapat rasa isi nya..
6. SUSAH nak cari ubat kalau tulang nyer yang bercabang tersangkut ditekak
7. SUSAH nak bayar..sebab mahal sket dari ikan lain
8. Senang kata, memang SUSAH lah ( tolonglah faham kesusahan yg cuba ditonjolkan)
Apabila kita pernah merasai kesusahan ini, kebiasanya tiap perit jerih maung kita akan ingat.. dan hasil nya pasti lebih wangi, menawan & berharga. Kalau tak caya, cuba orang calar kan M3 korang dari hujung lampu ke lampu depan. tak menjerit? Tak makan penampar orang tu? ingat kereta tiap bulan bayar dengan air?? Maka, atas segala keSUSAHan tadi, tiap cubit isi ikan pasti dirasakan sedap. Percaya lah! (tetiba sambung citer ikan)
dan Moral nya, buat mereka-mereka yang berada dalam kesusahan bagi membina kerja/perniagaan, percaya lah..Satu hari nanti, nikmat kesenangan dan kejayaan pasti akan datang selagi kita terus berusaha...
“ It does not matter how slow you go so long as you do not stop." --- wisdom of Confucius
p/s: maaf, entri kali ni bias. cerita ikan pekasam sungai sedap je..tak consider orang yang cakap ikan ni tak sedap sebab nak ikut tema moral ;)
p/p/s: Bagi yang mahu menambah features yang sangat bagus dalam membantu promotion blog, sila lawati allblogtools.com. untuk mempelajari cara-cara meletakkan Facebook Like button dalam setiap entri. Selamat mencuba!
8 comments:
hahaha..suruh kak jie komen
kak jie tak makan ikan sungai
dalam keluarga, kak jie sorang je tak makan walau rumah kami tepi sungai dan mak biasa buat pekasam
pernah cuba....dlm perjalanan balik , terpaksa berhenti tepi jalan...habis muntah!
suka bela saje..bagi org makan.
pekasam makanan fev saya. sedap gila. slalu bwk blik ke kolej dr kpg. mkn dgn kwn2. naseb baek deorg pn suka. =)
suka ikan keli..ikan haruan dan sewaktu dengannya...hehee
@kak jie.. lain kali akak tapau untuk saya ye..nak suruh saya tangkap sendiri kat umah akak pon boleh. janji free ;)
@cik gadis.. yay! calit lah.boleh geng ;)
@azuan.. mesti peminat pecal lele nih >_<
err.. aku xnah mkn bende ni..
kamu patot cube untuk merasai trill eh ;)
Wah....rindu ikan pekasam...dulu balik alor setaq selalu pi pekan rabu beli.
thanks auntie chantek sbb sudi singgah blog sy nih ^___^
Post a Comment