Tuesday, February 22, 2011

...Ukur lah baju di badan sendiri...

Salam,

Apa khabar? Baik? Sebenar nyer, selepas perkongsian ilmu cash flow saya yang cetek jumaat lepas, tetibe je saya teringat sejarah silam saya dengan makhluk beroda bernama kereta... Tapi ape kaitan cash flow dengan kereta?? k, meh saya cerita..

Kisah bermula pada akhir 2008, selepas saya berjaya mendakap segulung ijazah dan bekerja sebagai seorang pemangkin ekonomi negara (kerja kilang).  Saya bekerja dengan penuh kegigihan tiap hari seperti pekerja lain dengan harapan cukup bulan, dapat wang.... Ingat lagi perasaan pertama kali pegang duit gaji, rasa kaya giler, semua benda nak beli.... termasuklah kereta.

Maka, cukup bulan seterusnyer, hasrat hati dilontarkan pada mak dengan alasan, saya tak larat dah nak naik bus tiap hari.untuk ke kantor. Lagi teruk, kalau balek OT, mesti kene tumpang rakan. Segan lah kan... Namun, jawapan mak ringkas "Tak Boleh". Dengan alasan, masih terlalu awal..tu je.

Tapi al-maklumlah, orang berdarah muda ni (tak pasal darah disalahkan), semua nak cepat, mintak je kene dapat. Lantas saya abaikan nasihat mak. Sepantas kilat saya gi tempah kereta poojaan. (kereta 2nd hand je pon).

Hasil nyer,  sehari sebelum saya pergi sign agreement loan, owner kereta berkenaan telah dirompak & kereta tersebut dibawa lari.... fuhh.. seram. (nasib baik iyer tak dicuri masa ditangan saya, kalau tak..haru biru mata hitam ku)

Setahun kemudian, percubaan kedua dilancarkan.. Kali ni, bile tanya mak, mak tak jawab direct tak boleh beli. Mak diam je. No comment sebab malas layan. Dan pada pemahaman saya, diam tanda nyer setuju, kan. Jadi saya pergi lah book kereta kat kedai terpakai sebab takut kereta akan hilang lagi (tadi beli direct dari owner).

Sesungguh nyer, memang ada pokok pisang yang berbuah dua kali, kerana kali ini juga pengakhiran nye tetap sama. Kereta berkenaan telah di rembat oleh orang lain yang lebih mampu membeli cash dari taukey..  T_T

hurmm...Nape lah malang sangat dalam memiliki sebuah objek yang bernama kereta nie? knape ada je orang yang potong line nie? kacak sangat kah kereta poojaan nie?? dahsyat sangat ke taste saya ni??  *huh, mood perasan. abaikan. 

Mungkin ini lah tulah budak degil... Kalau parent tak restu, jangan lah buat. undang malang je nanti.. tambahan, bile di kaji-kaji semula, kini saya makin faham kenapa mak membantah. Mungkin sebab:

1)  Mak nak saya belajar bersabar. Kasi darah muda cool sket. Tambahan pula, tak semua perkara yang kita nak, kita boleh dapat sekelip mata sebab untuk menjadi owner kereta, saya perlu bersedia secara mentally & 'dompet'ly dalam menampung tiap keperluan sakit pening iyer. ohh, tue belum masuk bday cake iyer (road tax). lagi parah!

2) Mak nak saya belajar berakit-rakit dahulu sebab kalau tak sakit, saya tak kan hargai indah nyer punyer kereta. Pengajaran mak ini sangat berjaya sebab kini saya lebih memahami perasaan orang yang kurang berkemampuan begerak ke sana ke mari. Plus, kini tiap kali tengok orang drive sorang-sorang, selalu je rasa mereka membazir space, kan baik kalau dia tumpangkan saya. Dapat jgak penuhkan kereta :)

3) Mak sebenarnyer tak mahu saya makan habuk tayar.. Mana tak nyer, kalau dah separuh gaji membayar hutang. Utility tak kira lagi. Jadi apa yang tinggal untuk dimakan? Pastu ada hati pulak nak buat modal kembangkan perniagaan, tipu lah kan..

Kesimpulan nyer, saya bersyukur ditimpa malang dan saya setuju dengan bantahan mak dalam memiliki kereta kerana keadaan tak begitu mendesak lagi. Sebenarnyer masih banyak public transport yang boleh diguna. Mengada je nak bergaya  T_T

Tapi kalau lah ditakdirkan saya beli jgak kereta tu..Mesti saya boleh bilang dengan jari kaki berape kali iyer akan bergerak dalam setahun rentetan  harga minyak, tol & parking yang tak menentu. Kemudian, bagi mengelakkan kos berbangkit ni, saya akan guna khidmat bus semula. Cukup bulan, bayar kereta yang lebih mahal dari rumah tu. Habuan nyer, kereta berfungsi sebagai arca semata. Sedih nyer..

You buy furniture.  You tell yourself, this is the last sofa I will ever need in my life.  Buy the sofa, then for a couple years you're satisfied that no matter what goes wrong, at least you've got your sofa issue handled.  Then the right set of dishes.  Then the perfect bed.  The drapes.  The rug.  Then you're trapped in your lovely nest, and the things you used to own, now they own you.  ~Chuck Palahniuk, Fight Club, Chapter 5

Kini, saya sedang mencongak tempoh yang paling lama saya akan bertahan tanpa kereta. 3tahun? 5 tahun?? Dan bila tiba masa nya saya terpaksa beli SEBUAH je kereta, agak-agak budget brape RM? jenis ape?? rupa paras macam mana???
 
 mungkinkah yang macam ni? pasti takde yang sudi nak curi..ihihi


tapi bila teringatkan pesanan Warren Buffet,
"Stay away from credit cards and bank loans and invest in yourself. REMEMBER:
1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2.: Live your life as simple as you are
3: Don’t do what other people say, just listen to them, but do what you feel good."
terus rasa kereta masa depan saya mungkin begini sahaja ;)


kalau tambah teknologi solar kat bumbung, cool gak kan



Kurang Liability, Tingkatkan Profitability ~~~ d[^_^]b


p/s:  pengajaran lain dari cerita ini, taati lah ibubapa anda sementara mereka masih ada :)

   

12 comments:

Wuucin said...

Bagus la en3 nie.. coz sy tgh kobar2 nk ada kereta.. padahal anak tekak pon xlepas ag.. xpe2..sabar ;)

suziekuteri said...

Kesian dgr cerita kete kene rompak
xder rezeki agaknye..sabar Yana ek??nek bus pon ok gak.da ader tuk wanita sahaja.boleh exercise sambil naik bus...cuci-cuci mate melihat ragam manusia.poket pon xsakit.

liyana said...

@wuucin.. mari lah kiter bersabar.. 1hari nanti, kiter akan mampu jgak miliki kereta.. aja-aja fighting


@suzie.. mmg seram je masa dengar cerita owner kereta tu kene rompak depan mata.. fobia jap. tapi skang, i enjoying my journey thru bus ;)

Kujie said...

alamak.... kisah keretalah kita

erk... salah ke doa kak jie tadi?

hahaha.....kak jie pernah alami kereta kena curi - Storm, setahun baru settle urusan dgn insuran.

kak jie ni dlm kategori kemampuan nak beli kereta tapi pakai juga kereta umur berbelas2 tahun tu, rasa ralat nak keluarkan duit ribu riban nak bayar bulanan

tapi...gatal juga nak beli ni

liyana said...

tu lah kak jie.. akak tiru entry saya ye..ahaha

tapi bab kereta kene curi tu, saya sgt bersyukur iyer tak hilang masa kat tangan saya. mau meratap setahun dua..huhu

dan alang-alang akak nak beli kereta baru tu, akak jgn lupe beli yang buy 1 free 1 eh. boleh bagi saya..ihihi

Liza said...

that is one good advise, not to have credit card and don't simply apply loans

liyana said...

betul kak. credit card & loan just make u spend money that u don't have. Silap hari bulan, bad loan could make us go bankrupt. glup

shieda85 said...

hye liyana..
sy sihat je. hope u pun sama k..
nice entri.. tulah darah muda yg sentiasa bergelora..hehe lagi org larang tu yg paling nk buat kn.. ermm.. thanks 4 sharing the story.. (^^)

~ #TinieFabulous ~ said...

Salam Liyana,
Tahniah, dlm umur yg muda ini anda masih mempunyai kesedaran dalam pengurusan kewangan. Melalui pengalaman akak kalau kereta itu satu keperluan maka buy new car during end of year mcm bulan 12 coz if trkena salesman yg baik hati the diskaun will reach 40 % :p. Cuma rugi gak kat our side coz lg few days akn masuk tahun baru then kalu masuk tahun baru our new car td pon jatuh ler harganyer :p.

liyana said...

@shieda.. hai babe, long time no see. rindu lah pulok. nanti dtg shah alam, kite g ronda-ronda ngan keter mu ye..ehehe


@tinie.. tu lah, selalu conflick nak beli kereta baru or 2nd hand. pastu awal tahun ke akhir tahun.. confius confius.. ^_^

~ #TinieFabulous ~ said...

:p , Kalu mampu buy new car @ hujung tahun berbaloi, lgpon kereta baru jarang buat hal, pilihan ditangan anda, goodluck ;)

liyana said...

hehe.. thanks kak.. ur advice will be highly considered ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...