Wednesday, November 10, 2010

...Lilin...

Pejam celik pejam celik dan terus celik, saya sudah berada di semester ke 3 pengajian MBA ini. fuhh.. satu semester sahaja lagi berbaki. Tak sabar rasa nya nak habis kan episod horror ini.. T_T

sebelum abis belajar, & sebelum hari guru tahun depan, suke rasa nyer saya untuk mengabadikan satu entry khas buat lecturer saya semester ini.. (entry semester lepas, click here )

Sebagai mukaddimah, biar saya terangkan yang saya ambil 7subjek untuk semester ini sahaja. Semua nyer gara-gara saya tamak dan gagal untuk membuat pilihan. hurm..kelemahan yang nyata.. Anyway, tentang subjek saya semester ini, saya ambil 5subjek wajib iaitu finance, marketing, operation management, managerial information system, & managerial decision analysis; dan 2 subjek major iaitu islamic finance & corporate management. *patot nyer pilih 1 major je..tapi nak buat macam mane, tamak... amik je 2  ^_^'

Overall, lecturer-lecturer saya sem ini unik-unik belaka seperti sem lepas. & lupe nak beritahu yang sem ni lecturer saya 5 lelaki & 2org wanita compare tu sem lepas kesemua 5orang lecturer saya perempuan... hurm..sape kate lecturer lelaki dah kurang?? ramai je lelaki pandai kat sini.. hihi  >_<

Jadi sebagi pengenalan, kite mula dengan lecture pempuan saya..(girl kene lah support girl kan).. k, mereka wanita yang cantek bersri dan bijak bestari..pergh, pujian tak nak kalah.. tapi ape yang menarik, nilai tambah bagi salah seorang lecturer saya ni adalah kebijaksanaan beliau yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh darah kacukan arab + melayu beliau... macam orang selalu kata mix marriage bisa menghasilkan Genetik yang lebih baik & cerdik. Setuju?? Kalau setuju, Jom kawen campur.. hik. gatai

Seterusnyer,lecturer lelaki saya pula.. Yang pertama, lecturer saya ni seorang yang sangat sibuk hingga beliau sentiasa tidak cukup rehat. Hasil nyer...Ya, tekaan korang tepat. Beliau sering terlelap masa mengajar. Kesian kami tengok.. tak kan nak cakap, "Dr. tido lah kejap, nanti sambung ajar semula ye". malu pula dia. Jadi kami selalu buat-buat mintak latihan, supaya beliau boleh berehat di meja sekejap.. * baik tak kami??? ahaks

Secondly, lecturer saya warga negara New Zealand ini (click here utk wajah nyer yang kacak). Pada peringkat awal, kami meniti setiap kelas beliau dengan sangat susah payah. Butir bicara beliau amat sukar untuk difahami hingga beliau perlu eja tiap perkataan yang beliau sebut. ohh kami malu. kami tak bermaksud untuk menjadi sebegitu lampi, tapi suara beliau yang bertona rendah dan kadangkala tersangkut antara kumis beliau, amat sukar untuk hinggap ditelinga kami.  Namun sengsara tak lama, jika sebelum ini banyak lawak jenaka beliau berlalu pergi begitu sahaja tanpa hilai tawa, tapi sekarang, kami mampu berlawan teka-teki bersama. Pendengaran kami sudah makin hebat. Yay!

cop, lupe nk bagi tahu, beliau ini juge sangat bijak orang nyer. *sume lecturer pon bijak kan.. tapi beliau ni lain sket sebab seingat saya, sepanjang pembelajaran kami, sebanyak 5 kali beliau betulkan rajah dan fakta dalam buku teks kami. *buku teks kami cap south-western ye rakan-rakan..kate nyer  "Just because it has been printed, it does not mean that u have to believe it"...uuu.. wise


now, my third male lecturer. Bekas CEO bank tempatan dan seorang yang tinggi budi pekerti. Kesopanan dan kesederhaan beliau sering buat kami malu sendiri. Tak pernah meninggi diri mahupon meninggi suara pada kami. ohh, beliau sangat penyabar..

Manakala lecturer ke empat saya ini pula, saya banyak terhutang budi dengan nyer. Tiap pagi, sebelum kelas bermula, dia akan menyapa semua anak murid nyer termasuk yang baru nak buka pintu  untuk masuk *ye, beliau selalu datang lebih awal dari kami anak murid..huhu. Tapi apa yang saya nak highlight, selain dari memberi kami ilmu, beliau juge memberi KEPERCAYAAN penuh beliau pada kami. Beliau sangat percaya kami akan berjaya. Jadi orang berguna. dan beliau percaya, kami layak untuk Harvard...Wow.. melampau.. Sesungguhnya kami amat hargai kepercayaan yang beliau berikan kerana tak ramai yang percaya akan kami termasuk diri kami sendiri. Berbekalkan kepercayaan ini, kami akan meniti hidup kami dengan jiwa yang kental. Kita BOLEH! Terima Kasih Dr. Z.

Last but not least, lecturer saya yang seorang ni sangat istimewa..Ingat lagi kelas pertama kami. Bila terlihat daun pintu dikuak. Kami cube mencari kelibat lecturer kami.. Selepas seketika, kami dapat lihat roda masuk dan beberapa minit kemudian, baru lah kami dapat lihat insan istimewa ini.. Ya, tekaan korang tepat lagi sekali. Lecturer saya ini berkerusi roda! Lebih mengharukan, beliau sangat gigih mendaki ke kelas SENDIRIAN di USIA EMAS nya hanya untuk mengajar.. Setiap kali beliau sampai ke kelas, kami dapat lihat baju kemeja beliau basah, bukan kerana hujan di luar, tapi kerana terlalu berusaha untuk sampai ke kelas. *huk..mengharukan...  T_T


di sini korang boleh lihat Dr. H yang sedang berusaha untuk berdiri sambil berpaut pada white board demi menulis contoh yang sukar sangat untuk kami fahami. Maaf kan kami Dr. 


Buat semua guru-guru, kami amat berterima kasih atas segala jasa baik dan ilmu yang kalian curahkan. Semoga kebaikan kalian akan dibalas oleh Yang Maha Esa. amin~~ d[^_^]b


p/s: Dr. Z always believe that I'm unique & some day I can be a millionaire; and he manage to influence others to agree with him. hik, TQ Dr for the trust.

4 comments:

Liza said...

semoga dapat melalui MBA dgn jayanyer Insyallah

liyana said...

kak liza... thanks a lot

SayaAwak said...

uit,gudluck,he..
mari menjadi millionaire bersama2,hehe..
aminnn..he..

liyana said...

amin..

ainnur, we can do it! hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...