Apa khabar semua?? harap sihat hendak nya.. sudah berkurun rasanya saya tak update belog ini.. hoho..maaf maaf.. Bagi menebus kesalahan, saya Qado' dengan entry panjang berderet ini k...
Sebenarnya pada hujung minggu yang lalu, saya dan rakan-rakan sebaya yang masih berjiwa kanak-kanak riang, telah mengunjungi Midvalley untuk melihat pameran mainan terbesar di Malaysia International Toys Fair (MITF) 2010.
Iye sungguh mengujakan kerana terdapat banyak mainan untuk dilihat SAHAJA di sana.. lihat sahaja? mengapa? Ya, tekaan anda tepat, saya tak mampu T_T
Namun tak mengapa, saya berjaya memetik banyak gambar mainan pada hari kejadian untuk dibingkaikan di rumah. sekurang-kurangnya tak kempunan..
Dengan ini, diharap rakan-rakan pembaca akan tabah menscroll hingga titisan pixel terakhir ye.. Enjoy~~~
Di muka pintu event, kedatangan kami telah disambut oleh salah dua Dweey cartoon created by Luk Chee Chew from Fusionwave, 2005. Keistimewaan objek ini ialah, kita boleh customize Dweey kita atau lukis sendiri Dweey yang kita mahu sebab pada asal nyer Dweey ni putih melepak je.. Jadi curahan idea bernas memang sangat-sangat diperlukan ;)
atas: Hasil dari pertandingan custom ur toys (tp saya tak sempat saksikan),
kiri: karya dari Luk Chee Chew jika saya tak silap, kanan: objek dari Urban-Cr3atures
Si pengangkut najis yang baik hati & redha je nih pula adalah dari StooGy
aneh kan >_<
seterusnyer makhluk chomel ini pula saya tak ingat nama sebenar mereka.. yang pasti, booth mereka sama dengan si Dweey itu.. *kalau ada yang tahu asal usul mereka, sila beritahu saya ye..hihi
objek ini juga saya tak pasti hasil karya siapa.. asalkan cantek, snap je picture
mahu rabbit macho berkaca mata 3D itu tapi bukan untuk dijual ye rakan-rakan T_T
Salah satu motif utama kenapa saya ke sini adalah untuk melawat Mike and Ivery dari Pipit
pesanan buat semua crafter yang baru nak bertapak dan mencari tempat untuk mempromosikan hasil karya unik korang, silalah ke web mereka ye ;)
mainan ini pula, sesuai untuk mereka yang berjiwa kentang..
sebab wang untuk membeli iye memang grrrrr.
makhluk kacak yang tak sanggup ku nak tanyer harga pinangan nyer T_T
objek-objek ini memang GEREK... Old school abis..
dan objek-objek ini adalah koleksi peribadi ahli kelab Transfans Malaysia
uuuu..senang kata, koleksi mereka memang menggoda iman..
*takde ke orang nak masuk meminang saya dengan hantaran semeja toys ni?? T_T
*takde ke orang nak masuk meminang saya dengan hantaran semeja toys ni?? T_T
dengan penuh ketabahan, saya jalan lagi hingga berjumpa mumia ini...
saya tak kenal sangat ini character apa, tapi sebab cheap sale, saya terpandang juga..ihihi
dan highlight of the day, bertanya khabar dengan Darth Vader & rakan-rakan beliau..
*Tapi rakan sedarjah saya je yang gigih beratur nak amik gambar dengan mereka. Saya kecundang dalam berebut giliran.. sesal rasa nyer bertubuh kecil T_T
untuk mengurangkan rasa kecewa, amik gambar ngan watak sampingan pun jadilah
*ohh..muka masam sebab saya tercucuk prop tajam dibahu costume beliau. demm
tapi muka masam saya tak lama, sebab saya berjumpe dengan cik koko krunch..
dapat makanan free.. yay!!
choop, gadis-gadis ini cantek kan...
Mainan aneh & chomel seterus nyer dari eightyfourcube
saya agak suka akan stail mereka sebab kartun mereka agak scientific,
menepati citarasa engineer wannabe ini.. hihi
menepati citarasa engineer wannabe ini.. hihi
sambil berjalan, saya telah berkenalan dengan mereka karyawan dari indonesia,
Lastly my favourite pit stop, Dooodolls cute creature
*ohh, sifat ladiesku terserlah di sini...hihi
Establish since 2004 by Darren Chen
*kegigihan beliau berniaga amat mengujakan
Akhir sekali, sebelum pulang, lihatlah hasil tangkapan kami... ~_^
memang senyuman meleret-leret hingga ke dahi lah bila berjaya membeli dengan harga runtuh..
ngeh ngeh ngeh
ngeh ngeh ngeh
till then.. have a great weekend everyone d[^_^]b
p/s: ramaikan artist yang saya perkenalkan..ehehe..happy browsing
p/s: ramaikan artist yang saya perkenalkan..ehehe..happy browsing
8 comments:
waaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
saya mahu pergi jugak!!!!
ala..weekend lepas je ade.. xpe.. visit eshop mereka pon ok ^_^
tak boleh dtg sini dgn anak, mesti nangis guling2 mintak toys
ohh..memang bahaya kalau bawak kanak-kanak kak.. bleh jatuh bankrupt..hehe
kamu,dah abis sekolah??
belum lah yang..sem ni ngan sem depan lagi.. waaa
oic,same la..tp bkn ke kamu full time??
sangat chumel semua tu..harga pun mesti chumel jgk en..
Post a Comment