Monday, January 24, 2011

...Rest in Peace...

Jarak usia kami 10 tahun. Beliau no.3 manakala saya yang ke-7 dari 9 adik beradik. Zaman kami berbeza kerana jurang usia dan pergaulan rakan sebaya yang tak sama. tapi kami berkongsi satu persamaan, kami keluarga.

Disebabkan usia saya sudah hampir 26tahun, maka hampir 26tahun kami hidup bersama. Tapi kalau tolak zaman bayi yang tak ingat ape-ape memory, maka kami ade 20tahun hidup bersama. Tampak macam lama je 20tahun tu, tapi saya rasa sekejap je.

Tak banyak masa kami dapat kongsi bersama. Masa saya hingusan baru masuk sekolah rendah, beliau dah nak habis sekolah menengah. Tak sempat pon nak merasa kongsi motor gi sekolah sama-sama. Then bila saya dewasa sikit, masuk University, beliau dah masuk bekerja. Isu dan bahasa pertuturan kami makin berbeza. Tapi sekarang, bila saya hampir kepada dunia berkerjaya seperti nya, beliau sudah TIADA.

Rasa nya, masa tak pernah cukup untuk saya mengenali beliau sebagai seorang anak, abang dan individu. Masa begitu pantas berlalu. Seingat saya, macam baru semalam saya meraung-raung mintak beliau bantu siapkan kerja rumah pendidikan seni saya hingga berjaya terpampang di notice board sekolah sebagai karya terhebat pernah dihasilkan. Mana tak nya, masa tu rakan lain hanya tau guna pensil colour LUNA manakala kita dah pandai pakai water colour, mesti lah terpampangkan. Tapi pelik jugak, takkan lah cikgu tak mushkil dengan skill melampau ni? ke cikgu saje buat tak tau? hurmm.. Tak kesah lah, berbalik pada misi asal, janji terpampang ;)

Dan rasanya seperti baru semalam abang hampir dicepuk olehku ketika beliau cuba memicit lutut ni untuk menolong membuang bisul. Nasib baik lah pada masa tu beliau bijak, bagi bantal untuk digigit menahan sakit. Kalau lah tercepuk, seriously.. mesti saya menyesal seumor hidup.

tapi kini semua tinggal kenangan, masa tak mungkin dapat dihentikan mahupon dikembalikan. Abang telah pergi buat selama nya. Pergi secara mengejut diusia muda. Namun Siapa lah kita untuk mempertikaikan ketentuan yang Maha Esa. Allah lebih sayangkan dia.

Maka, di kesempatan ini saya mewakili Allahyarham Rosli Bin Muhamad Abu Kari, ingin memohon ribuan kemaafan diatas segala salah & silap beliau sebelum ini kepada mereka yang mengenali. Diharap makan, minum & hutang beliau pada kalian dapat dihalalkan. Al-fatihah..




Yang pergi tetap pergi, dan tak mungkin akan kembali.
In Memory, Rosli Muhammad Abu Kari (1975-2011)





       

13 comments:

{ Miss Syahira } said...

rip to him. al-fatihah.

Aneesah said...

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

May his passing serve as a reminder to all of us who will also return to Allah one day.

Diah Rothman said...

Takziah...... Al-fatihah buat Allahyarham.

dill said...

Takziah.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Insyaallah.

Al-Fatihah.

kay said...

salam takziah buat ko dan family

Anonymous said...

lebih baik tidak mengenali dari mengenali...rasa sedih bila teringat senyuman dia yang tak pernah lekang, rasa sakit bila terkenangkan cerita2 tentang kehidupan yang dia ceritakan..terkilan tidak sempat berjumpa..semoga arwah ditempatkan disisi org2 yg beriman...
~yg mengenali arwah~

liza said...

takziah utk liyana n family.

MyBotanG said...

Takziah to you and your family..

liyana said...

ribuan terima kasih diatas perhatian & doa kalian kepada arwah. Semoga Allah membalas segala jasa baik kamu semua :)

Liza said...

salam takziah, al-fatihah....

SayaAwak said...

yana,semoga kuat dan tabah..
innalillah..

liyana said...

thanks for the prayer, kak Liza & ainnur :)

Anonymous said...

bnyk kenangan bersamanya,semoga dia aman disana..alfatihah...
~dr kwn sepermainan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...