If yes, hold your scroll tightly because I will share with you lots of 'The Twin Power Rangers' pictures in this entry.. Ready? get set, GO...
1st Month
9 bulan kami tatap gambar scan ni dengan penuh harapan..
kembar pertama dalam keluarga lah kata kan.. beria tahap over dos ;)
pada tanggal 15 September 2010, kembar selamat lahir ke dunia cukup sifat & sihat tubuh badan.. syukur...
mereka juga telah diberi nama Siti Aisyah & Siti Balqis pada hari pertama kelahiran lagi sebab mak nyer dah prepare dari awal lagi.. kate nyer senang ingat & ikut turutan anak sulung A-aisyah, kedua B-balqis... *kalau dapat anak ke-3 nanti ku tak tau lah iyer nk bagi name ape..Chinta Candori kot..ahaha
masa lahir, berat badan Siti Aisyah 2.3kg sahaja, manakala Siti Balqis 2.5kg.. *kalau consider berat tiap sorang memang ringan, tapi kalau gabung, mak nyer bawa anak 4.8kg tu.. if normal sorang baby 4.8kg, mesti dah bedap tahap gebu

selepas seminggu, kami perasan yang mereka ni macam mengecut & kulit makin banyak kedut.. Doktor keluarga kata macam tak cukup zat je diorang ni.. Jadi mak mereka terpaksa bagi susu tepung juga instead of susu badan sahaja.. *susah juga nak bagi makan 2orang dalam 1masa..macam mana lah agak nyer orang anak kembar 3 4orang.. nak pikir kos susu tin lagi..hurm.. besar pelaburan, harap besar pulangan nyer.. "Sila Jadi anak yang solehah ye kembar"

close up on Balqis.. sangat tiny & kerangka..merunsingkan
selepas bertungkus lumus memberi mereka makan yang cukup, pada usia 4minggu, mereka ditimbang. Kali ini, Siti Aisyah telah mendahului Siti Balqis dengan A-3kg, B-2.9kg... Cayalah kakak!
*ohh..cara diorang tido memang macam ni..over romantik..suka tido himpit-himpit macam dalam perut T_T
kemahiran yang mereka ditimba pada bulan pertama:
- Pandai nangis tanda lapar @ kembung perut @ lampin penuh
- Tido yang banyak tapi mereka akan bangun tiap 3jam nak makan.. *penangan bab ni, 1 rumah kene sleep less ..amik number bagi makan & dodoi diorang tido balek.. mata dah berpasir *_*
2nd Month
pada minggu ke-6, tumbesaran mereka ditahap memberansangkan..
pipi makin gebu & bulu mata sudah mula tumbuh.. nice, no more skeleton look ^_^
perkembangan minda kembar juga makin membangun masa ni..
kemahiran membuat mimik muka memang terbaek.. macam teletabies ^o^
perkembangan minda kembar juga makin membangun masa ni..
kemahiran membuat mimik muka memang terbaek.. macam teletabies ^o^
tapi bila sampai tahap kejar kamera memang tak leh blah..cute amat

Antara senyuman terbaek Siti Aisyah & Siti Balqis yang berjaya dicapture..huhh
Pada minggu ke-8, aktiviti menimbang datang lagi.. Yay!! kami selaku penjaga memang menanti-nantikan aktiviti menyukat tahap kegebuan nih, sampai tahap over dari empunyer badan..kalau boleh, kami nak timbang dengan diorang sekali..ehehe.. dan kali ni, Aisyah 4.3kg & Balqis 4.2kg sahaja..huhu. sipi-sipi je adik kalah lagi
kemahiran yang mereka timba pada bulan kedua:
- pandai menyentuh kepala sendiri
- respond pada bunyi bising
- Senyum bila diberi perhatian @ diagah.. Doktor panggil itu 'social smile' mereka
- bermain seorang diri selama 10minit @ lebih sebab penjaga dah Zzz...
- pandai memandang dengan penuh
cemburuharapan bila sorang ditimang, tapi dia diribaan sahaja - meneran ketika nak berak..part nih memang lucu, mimik muka memang ketat, siap bunyi lagi..Lol
3rd Month
Minggu ke-9 ni, diorang semakin membesar bagaikan juara.. tengok sajalah kepala Balqis yang makin membelon.. memang boleh lebam lengan kalau sejam dukong memdodoi.. T_T
walaupon letih terkejar-kejar & tak cukup tido menguruskan diorang nih, tapi bile dihadiahkan senyuman manis...terus cair~~~
ye, mereka pandai bermain sekarang..chomel
mencapai usia 12minggu ni, selain dari debap, kembar kini semakin sweet..
*tapi kalau melalak tok sah kate lah..grrr
Ini gambar terbaru mereka.. Cube teka mane satu Aisyah & mana satu Balqis?
dan cube teka juge, sape yang lebih berat kali nih? A or B? sebab baru je gi timbang ^_^
click on the video untuk mendapat feel punye kembar >_<
kemahiran yang ditimba pada bulan ketiga:
- membuat bunyi ringkas seperti 'aah' & 'ohh' bila dilayan.. *tapi bunyi 'Waaa' paling diorang teror
- tertarik pada cahaya & tv
- lap air liur sendiri dengan tangan
- isap tangan sendiri
- fokus pada objek kecil & orang.
- mengikut objek bergerak dengan mata
- duduk dengan bantuan tangan penjaga kerana tulang makin keras
- mengalihkan kepala kearah bunyi suara
- senyum, gelak dan ketawa ketika melihat orang & sebagai respond kepada ekspresi muka kita
- menunjukkan keterujaan dengan membuat bunyi
- memberi respond berbeza bila didukung.. *dulu boleh tipu dukung sambil duduk,asalkan kaki dia tak cecah kusyen, tapi skang kene berdiri betul-betul T_T
- melihat tepat kearah muka seseorang
ini pula video suke-suke..aktiviti meneran
*jangan bagi tau mak diorang ku upload video ni eh..hehe
Enjoy~~~ d[^_^]b
p/s: bulan ke-4 nih, nak ajar diorang meniarap, pegang objek & main 'Cak' pulak *big grin
3 comments:
adorable! i wish i have twins too!
nak gak twins kak..tp biler memikirkan usaha nak entertain 2baby dlm 1masa...sy kene pkir balek.. huhu..xmenang tgn
so adorable^^ wish both of them health and happy with family^^
Post a Comment